Monday, September 24, 2007

Mimpi yang sangat menghairankan

Sesuai dengan tajuk yang telah dinyatakan di atas, awal pagi ini barulah aku teringat apa yang meyebabkan mimpiku semalam itu sungguh hairan sekali. Nak kata menakutkan, tidak pula. Nak kata kelakar, pun sama sekali tidak. Hanya hairan, bak kata orang, Parameswara itu asal-usulnya dari keturunan Raden Wijaya Majapahit.

Seperti sebuah filem P. Ramlee yang berjudul "Tiga Abdul", di mana seorang kaya-raya bernama Ismet Ulam Raja yang bermastautin di sebuah negara dongeng Isketambola, yang menarik perhatian kita penonton dengan gelagat tiga orang anak-anaknya -- Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub. Di permulaan cerita, telah pun si pencerita menerangkan rumah Ismet yang tersergam indah seperti berikut:

"Rumahnya cantik tinggi mengawan,
Terletak di atas Bukit Cendawan;
Siapa ternampak sangatlah hairan,
Mata terbeliak tersampuk syaitan."


Hmm... dan sama seperti mimpiku semalam, aku bermimpi yang aku ni tak boleh tidur hingga lewat pagi. Hairan kan? ;-P

1 comment:

Anonymous said...

.... aper sajer yang kau merapek nih? Hari baik, bulan baik... ada-ada sahaja nak buat gelak. Sudah, pergi balik tido lagi bagus :P